glitter-graphics.com

Follower Cik Puan Stoberi

Tuesday, February 22, 2011

Hikmah mengingati MATI...!!!!

Pagi ni yan dikejutkan dengan pesanan SMS yang mengatakan salah seorang saudara Yan telah kembali ke Rahmatullah...Arwah meghidapi barah hati...Jadi, Yan terpaksa meminta kebenaran pulang untuk menziarahi jenazah tersebut....setibanya di surau, jenazah baru sampai...ramai sanak saudara dan jiran tetangga yang datang....keadaan sebak tatkala ibu arwah memeluk Yan...cuba untuk tidak mengalirkan airmata, namun Yan tewas juga akhirnya...hanya solat jenazah sahaja dilakukan...ini kerana pihak hospital telah memandikan dan mengkafankan jenazah...setelah selesai semua pengerusan jenazah...akhirnya arwah dikebumikan di tanah perkuburan Kota Damansara...

Di sini Yan nak berkongsi sedikit hikmat kita mengingati mati....kita tidak tahu bila tiba masanya...kita perlu bersedia...yan kepilkan artikel tentang Hikmah Mengingati Mati...mari sama-sama kita berkongsi ilmu...


Seseorang mukmin itu sepatutnya sentiasa mengingati mati pada setiap hari, ini kerana mengikut Ibn Kathir dalam kitabnya al-bidayah wa an-Nihayah mengatakan bahwa malaikat maut akan menjengok setiap manusia itu sebanyak 5 kali sehari iaitu setiap kali selepas sembahyang fardhu. Oleh kerana rahmat Allah s.w.t maka manusia tidak mampu untuk melihat malaikat maut itu, ini adalah merupakan satu ujian kepada manusia sejauh manakah mereka meyakini dan beriman kepada malaikat. Mengingati kematian ada banyak faedahnya kepada manusia. Antaranya ialah:

* Dengan mengingati kematian hati manusia akan menjadi lembut dan akan menerima segala perintah Allah s.w.t dengan penuh keredhan dan keikhlasan .

* Dengan mengingati kematian membuatkan manusia akan rajin beramal di dunia ini kerana mereka yakin bahawa segala amalan kebaikan mereka akan memberi faedah kepada mereka setelah mereka mati nanti.

* Dengan mengingati kematian manusia akan meninggalkan segala maksiat yang telah ditegah oleh Allah s.w.t kerena mereka yakin segala maksiat yang dilakukan di dunia ini akan mendapat pembalasan dari Allah s.w.t di akhirat nanti.

* Dengan mengingati kematian akan memyebabkan manusia akan segera bertaubat dari segala kesalahan yang telah mereka lakukan . Ini kerana kita tidak mengetahui bilakah dan di manakah nyawa kita akan dicabut oleh malaikat maut.

* Dengan mengingati kematian juga manusia akan merasa cukup dan berpuas hati dengan harta atau rezeki yang halal sambil berusaha lebih untuk mendapat yang lebih baik lagi tapi bukan dengan cara yang haram seperti apa yang berlaku pada hari ini seperti riba, rasuah, mencuri , merompak, menipu dan berbagai-bagai lagi.

* Dengan mengingati kematian juga menyebabkan manusia akan rajin dan bersungguh-sungguh di dalam menjalankan tugas hariannya . Ini kerana mereka yakin bahawa setiap pekerjaan yang baik dan halal adalah merupakan ibadah dan akan mendapat pahala.

Pandangan saya:

Ruh itu diibaratkan sebagai arus elektrik adanya tidak kita nampak , tapi kehadirannya dirasai , adanya pergerakan ,pernafasan tanda adanya roh. Perginya tidak menentu dan tidak diketahui masa dan ketika. Lampu suluh diibarat sebagai amalan bila elektrik terpadam lampu suluh akan menerangi kegelapan malam, begitu juga dengan amalan kita apabila roh kita dicabut tiada guna segala harta dunia , kereta mewah , rumah besar , isteri yang cantik, pangkat yang bertimbun-timbun tidak lagi memberi manfaat kecuali amalan yang soleh sahaja akan menemani kita di dalam kubur yang sempit,sunyi dan gelap. Fikir-fikirkan lah ......



 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...