glitter-graphics.com

Follower Cik Puan Stoberi

Sunday, May 23, 2010

Kasih Sayang Ibu Bapa....

 AYAH & IBU....



Ibu
Kamulah segalanya bagiku
Kamulah ratu hatiku
Yang mencegaku sejak
Aku mengenali duniaku ini
Yang mencegahku dari kesalahanku
Yang mendidikku dengan penuh kasih sayangmu
Kamulah lambang cintaku

Janganlah degil, ikut perintah
Itulah kata-katamu Ayah
Kamu berkorban demi anakmu
Kamu bersusah payah demi anakmu
Kamu mencari nafkah yang halal
Semuanya untuk keselesaanku

Ayah
Kamu bagai semut bekerja keras
Kamu bagai lebah mencari madu
Kamu inginkan aku
Bagai rama-rama berterbang kebebasan
Tanpa kesusahan, tanpa kesukaran
Mengetepikan perkara yang nahi
Mengetepikan dunia bermukah
Mengetepikan dunia kebebasan
Pesanan Ibu dan Ayah sentiasa diingati
Tidak terlepas dari ingatanku
 

Menyingkirkan nafsi, peteras mahupun pertentengan
Membuka pintu hati bak tabuk yang ditembusi cahaya
Pabila pawaka, pawana kencang melanda
Ketakutan, kerisauan hadir di tubuhku
Pelukan Ibu dan Ayah mengubati kelukaan di hatiku
Gejala kasih suci Ibu dan Ayah yang ku lihat
 
Ibu
Ayah
Aku menghargai segala pengorbananmu
Akan ku balas jasamu yang indah itu
Janji manis ku pada mu

Ibu...
Ayah...


** Al-Fatihah buat ayah tersayang Allahyarham Hashim bin Yusof yang telah kmbali ke rahmatullah pada 7.7.1997...abah, yan sayang abah....

SAMBUTAN MINGGU SAYANGI IBU BAPA PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN ROMPIN JAYA, ROMPIN PAHANG.

DIJEMPUT SEMUA IBU BAPA HADIR KE PAMERAN MINGGU SAYANGI IBU BAPA PADA:

TARIKH : 5 JULAI HINGGA 9 JULAI 2010
TEMPAT : DEWAN TERBUKA SEKOLAH
MASA     : JAM 10.00 PAGI HINGGA 12.30 TENGAHARI.

"SAYANGILAH IBU BAPA KITA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...