glitter-graphics.com

Follower Cik Puan Stoberi

Monday, December 13, 2010

BALAI ILMU : GAMAT

APA ITU GAMAT


Gamat atau juga dikenali sebagai Timun laut merupakan sejenis haiwan invertebrata laut yang cukup dikenali dikalangan masyarakat Malaysia di sebabkan khasiat dan nilai terapeutiknya yang mengkagumkan. Tergolong didalam filum Ekinodermata,adalah daripada genus Sticophus

Nama lainnya mengikut panggilan setempat termasuklah 'balat' 'bat' 'brunok' 'trepang atau 'hoi-sum’. Hampir 30 spesis gamat telah dikenalpasti di perairan Malaysia sementara lebih dari 2,000 spesis wujud di serata dunia. Namum 30 jenis dikenal pasti sesuai digunakan dalam perubatan. Antaranya adalah daripada spesis Stichopus Hermanii, Stichopus chloronatus, Sticophus badionatus dan Sticophus horrens.


Umumnya gamat berbentuk silinder, leper pada bahagian dorso-ventral dan mempunyai bukaan di bahagian anterior dan posterior. Pembiakan gamat adalah secara seksual atau aseksual. Pergerakan gamat yang lambat menyebabkan ianya perlu mempunyai mekanisme pertahanan tubuh yang efisyen iaitu mengeluarkan Holothurin yang toksik dan dapat melumpuhkan haiwan kecil. Di Malaysia,gamat dan produk-produk berasaskan gamat banyak dihasilkan. Ianya boleh di dapati seperti di Pulau Langkawi, Kedah. Di Pulau Pangkor,Perak pula terdapat pusat penternakan Gamat Emas.


SEJARAH

Mengikut sejarah, gamat telah digunakan oleh wanita-wanita sebagai ubat selepas bersalin dan pembedahan, mengubati luka, ulser, sakit dada, kudis, radang paru-paru, serta lelah. Kuasa penyembuhannya telah di agungkan dan di manfaatkan oleh nenek moyang kita sejak lebih 300 tahun dahulu. Kajian gamat tempatan hanya bermula pada awal 1980an di Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Sabah. Kemudian muncul beberapa kumpulan penyelidik lain misalnya dari Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. 


Kumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia sehingga kini begitu tekun menjalankan ujikaji untuk mengenalpasti bahan-bahan bioaktif didalam Gamat untuk mengesahkan keberkesanannya. Kumpulan yang terdiri lebih daripada 20 orang ahli akademik ini diterajui oleh Prof Dr. Ridzuwan Hashim.  

Kajian ke atas 3 ekor tikus putih yang telah dilukakan dan disapu dengan iodin manakala 3 ekor lagi juga dilukakan tetapi disapu dengan ekstrak gamat. Hasilnya mendapati 3 ekor yang disapukan dengan ekstrak gamat sembuh dalam masa 5 hari manakala 3 ekor tikus yang disapukan dengan iodin sembuh dalam masa 11 hari. Hasil dari ujian ini membuktikan gamat mempunyai antibiotik serta daya mengubat penyakit luka dengan lebih pantas. Prof Dr. Ridzuwan juga telah menemui spesis baru gamat, iaitu Gamat Emas yang begitu bermakna dan membanggakan negara. 


Yan di kawasan Telaga Unggul Enterprise, Langkawi....salah sebuah syarikat bumiputera yang menjalankan perusahaan ubat-ubatan berasaskan gamat. Kami sedang menjalankan kajian di tempat ini.


 inilah kumpulan kami yang menjalankan kajian tersebut...3 orang lelaki di belakang penuh dengan ilmu di dada...bersedia untuk menemubual owner syarikat.....chaiyyok...chaiyokkk!!!


sesi temubual sedang rancak dijalankan...pencatat (tengah tu...) sedang merumuskan apa yang telah didengar...begitu hebat sekali...!!!..yang hujung tu sedang membuat pengiraan bilangan gamat....kehkehkeh...yang girl tu plak....tukang soal....memang kemmmahhh!!!


nampak periuk besar tu??? tu lah tempat gamat dimasak...pengasas gamat sedang menceritakan secara detail tentang proses gamat...yang pegang hp tu cameraman la....Yan ???? hehehe...ape yg ko buat tu amir???




pose istimewa sesudah selesai kajian kami....hehehe....rasenye ni kat Rebak Marina Resort...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...