glitter-graphics.com

Follower Cik Puan Stoberi

Saturday, December 4, 2010

iNfo SiHat 1 : MiNuMaN Yg MeRedAkan StreS..


Hari ini Yan nak berkongsi info kesihatan untuk mengurangkan tekanan perasaan @ stres...x kira lah samada stres tu di tempat kerja, di rumah, shopping mall (lelaki la tu...) & di mana2 shj...

Anda boleh elakkan stres anda dri terus melarat dengan mengambil jenis minuman yang manis...berdasarkan dapatan kajian, GULA mampu mmberi rasa tenang pd diri dan meredakan stres...oleh itu, cuba minum salah satu drpd mnuman di bawah utk membantu mengurangkan stres anda :

Pertama : Susu

Kajian mendapati bahawa susu mengandungi trytophan yang melalui metabolisme tubuh diubah menjadi sertonin yang mampu mengembalikan mood tenang anda.  Susu juga mengandungi kalsium yang tinggi.  Terdapat juga magnesium & kalium yg terkandung  di dalam susu.  Ianya sgt penting dlm membantu menjaga tekanan darah anda.

Kedua : Coklat Panas

Coklat panas ini mampu menaikkan suhu tubuh badan kita sehingga kita akan berasa selesa, tenang dan nyaman...bukan sahaja tubuh yang merasakannya, tetapi otak kita pon dapat kesan yang sama.....urmmmm..beruntunglah orang yg suke coklat...i love chocolate!!!

Ketiga : Teh Hitam

sekali sekali beralihlah memesan kopi....cube plak teh hitam untuk dinikmati. ini kerana, menurut kajian yg dijalankan di Universiti College London, kita mampu menurunkan kadar hormon kortisol yang menyebabkan stres jika kita minum teh hijau sebanyak 4 kali sehari...banyak tu!!!...renung2kan!!!...

Keempat : Teh Hijau

Yan tau, agak susah sikit kita nak mendapatkan teh hitam...silap2 order, diorg bg kopi plak....janji hitam....Jangan bimbang...kalu dah takde sangat teh hitam, order jer teh hijau....green tea....same jer mksudnye....ini kerana, teh hijau mengandungi thianin yang membantu meningkatkan hormon tenang, relaks, nyaman dalam otak kita ...juga teh hijau ni mampu memicu penghasilan gelombang alfa & mengurangkan ketegangan yg di bawa oleh gelombang beta...dahsyat betul teh hijau ni...dah serupa ultraman plak...ade gelombang2 bagai ni...hehehe...

Kelima : Air sejuk

yang ni paling mudah nk dapat...kalau takde air yg kaler2 ni, minum je air sejuk kosong....cube  minum sambil berjalan2 di ruang tempat anda...x kiralah di tempat keje ke, rumah ke, mall ke dan dmana2 je..janji jgn cakap sorang2 sudah lerr...sebaik2nye carilah kawasan yg mempunyai pemandangan hijau spt poko2 dan taman bunga....dgn cara ini, cairan di dlm tubuh akan bergerak dan hormon endorphin akan terhasil sehingga anda rasa tenang dan tidak stres lg.....selamat mencuba!!!


Kalau anda masih belum dapat mengawal stres anda....jumpalah yg lebih pakar ye??...jgn sampai anda jd begini...ishhh..ishhh...kesiannnn....!!!

(Sumber : Majalah Mingguan Wanita, bil : 1408)




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...